Pageviewers

Monday, October 28, 2013

#projekdanazerotopro: Barang untuk dijual

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi menampung yuran kelas outdoor yang saya cadang untuk ikut serta ini, saya akan menjual beberapa barang milik saya pada harga yang amat berpatutan. Selain itu, anda juga boleh menyokong niat saya ini seandainya anda mahu memberikan barang milik anda untuk saya jualkan bagi menambah lagi kutipan #projekdanazerotopro.

Kos yuran : RM2320
Beberapa alatan tambahan yang diperlukan : RM700
Perbelanjaan lain: RM300

Jumlah keseluruhan: RM3320

Berikut merupakan antara barangan yang saya ingin jualkan bagi menampung yuran kelas fotografi saya. Barang barang ini akan ditambah dalam setiap update yang baru. Harga memang boleh nego tapi harap dapat memahami hasrat projek saya ini.

1) Golf Beg Taylormade (Baru - RM550)
Condition beg ini adalah sama seperti dalam gambar. Ia tidak pernah digunakan sejak beli. Beg ini dibeli dari pro-shop Tropicana Golf Club. Harga asal ialah RM650. Condition tip top.




2) Travelling Golf Bag (Baru - RM200)

Bag ni dapat masa member menang game di exhibition Maybank Malaysian Open 2012. Dia dah ada banyak travelling bag. So dia bagi je sebab takde transport nak bawak balik. Bag ni pun tak dipakai sebab memang tak pernah travel. Tersimpan rapi dalam stor siap plastiknya sekali.



3) Kasut Golf Footjoy (Terpakai - RM100)

Kasut golf pertama yang saya beli dulu brand Footjoy. Sedap dipakai. Then simpan lebih setahun sebab tak main golf. Kembali bermain golf lepas beli kasut Nike Golf baru. So kasut ni disimpan dalam stor juga. Free shoe-bag brand Reebok. Muat untuk simpan kasut ni.




4) TV Sony Bravia 32 inci (Terpakai - RM500)

Ini tv yang saya beli dulu beberapa tahun lepas pindah rumah. Happy masa tu sebab tv ni besar dari yang sebelumnya. Condition masih sama, tiada kerosakan, remote control masih ada. Kotak saja yang tiada.




5) Kasut Bata Style Baru (Terpakai - RM100)

Seriously nak beritahu, saya beli kasut ni sebab nak pakai ke pejabat pada hari Jumaat sahaja. Lepas beli dan pakai kali pertama ke pejabat, bos tegur dan kata tak sesuai untuk ke pejabat sebab Nampak tak korporat. Beli dengan harga RM120. Pakai sekali tu saja dan terus simpan. Baik saya jualkan sekali.




6) Back Massager (Terpakai - RM800)

Back Massager brand Ogawa ni berharga RM1399. Teringat lagi penjual tu beritahu harganya. Pada mulanya ingat nak letak pada seat kereta sebab pergi balik kerja selalu traffic jam. Tapi tak muat untuk seat kereta saya. Lepas tu hanya pakai kat dalam rumah sambil tengok tv. Masalah storage yang menyebabkan saya nak jual. Condition sangat elok. Siap dengan remote control.



Banyak lagi barang lain yang akan di upload di sini. Tunggu ya. Harap ada yang berminat dan meyokong usaha saya ini.

Terima kasih.

Sunday, October 27, 2013

Pengenalan: Projek Dana Zero To Pro #projekdanazerotopro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



 
 
Pepatah Inggeris ada mengatakan sekeping gambar mampu menceritakan seribu kisah (a picture can tell a thousand stories). Sekeping gambar juga mampu mengembalikan memori indah bukan sahaja kepada pemiliknya malah beberapa lapisan generasi selepas itu. Pada fikiran saya fotografi ialah satu medium untuk menyampaikan apa yang sedang saya fikirkan kepada semua orang.
 
Minat kepada fotografi mula timbul selepas isteri saya menerima sebuah kamera digital melalui cabutan bertuah di sebuah majlis makan malam. Beliau telah menghadiahkan kamera itu kepada saya. Pada mulanya saya tidak berminat pada fotografi dan kamera itu hanya saya simpan saja dalam kotaknya. Agak lama juga tak gunakan kamera itu sehinggalah satu hari, satu tergerak hati mahu cuba menggunakannya.
 
Sejak dari hari itu, sudah timbul minat untuk terus 'bermain' dengan kamera. Minat pada fotografi ini membuak sehingga membawa diri saya untuk mengabadikan beberapa acara yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur. Secara tak langsung, saya dapat abadikan kenangan semua acara itu dari sudut yang berbeza mengikut acuan citarasa saya dalam bentuk gambar. Saya abadikan gambar gambar itu dalam blog saya http://amecek.blogspot.com untuk tatapan semua. Berbekalkan bahan bacaan, saya juga merujuk kepada beberapa rakan yang sedia ada ahir dalam bidang fotografi.
 
Bila sebut mengenai gambar dan fotografi, Saiful Nang ialah ikon yang pasti akan berada di fikiran. Saya telah banyak mendengar mengenai kehebatan Saiful Nang dalam bidang fotografi ini. Dengan google, saya berpeluang untuk melihat gambar gambar beliau dan ianya memang menarik. Beliau kini sudah terkenal dan memiliki syarikatnya sendiri yang dinamakan Saiful Nang Academy.
 
Bermula dari situ, saya telah follow page SNAP Club di Facebook. Saya telah dua kali mengikuti kelas yang mereka adakan. Kelas pertama ialah mengenai Manipulation Editing dan kelas kedua ialah Basic Photography. Saya sedari kelas Manipulation Editing itu adalah terlalu advanced untuk saya sebabnya saya belum mahir lagi dengan Photoshop Adobe. Jadi, saya jadikan kelas itu sebagai exposure saya kepada sebahagian dari photography. Tetapi kelas kedua itu memang betul sesuai dengan diri saya. Gembira selepas pulang dari kelas sebab dapat ilmu walau sedikit mengenai penggunaan kamera DSLR. Sekurang kurangnya saya dah tahu lebih sedikit mengenai penggunaan kamera DSLR ni.

Oleh itu saya telah mengambil keputusan untuk mengikuti kelas outdoor mereka yang dinamakan 'Zero To Pro' yang di anjurkan oleh Saiful Nang Academy. Rujuk: http://snap.my/v1/en/bengkel/19-zero-2-pro-ztp.html Kelas ini akan membantu saya meningkatkan lagi ilmu kemahiran dalam photography. Tambahan pula, latihan yang diberikan pastinya dapat menajamkan lagi setiap gambar saya nanti.

Kelas ini menelan belanja sebanyak RM2320 untuk latihan selama 3 hari 2 malam. Jumlah ini agak besar bagi saya. Oleh itu saya cuba melancarkan projek yang saya namakan #projekdanazerotopro. Dalam projek ini, saya akan cuba menjual beberapa barang milik saya kepada anda untuk menampung harga kos kelas ini. Saya serius untuk mengikuti kelas ini dan dengan cara ini sahajalah saya rasa dapat untuk mengumpul dana bagi membiayai kelas fotografi ini.

Saya mengharapkan sokongan anda semua dengan membeli barang barang yang saya post nanti. Ia akan dijual pada harga yang berpatutan mengikut kondisi barangan tersebut. Selain itu, jika anda mempunyai barang barang yang ingin disumbangkan kepada saya untuk saya jual, ia juga amatlah dihargai.

Saya mengharapkan anda dapat membantu dan menyokong niat saya ini. Objektif saya hanyalah satu iaitu untuk memahirkan diri dengan bidang fotografi. Dengan bantuan dan sokongan dari anda semua, saya harap dapatlah saya merealisasikan impian saya ini.

Saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih atas sokongan anda.

Terima kasih.
 
 

Penilaian Hasil Kerja : Instagram

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya telah memanjangkan minat saya dalam bidang fotografi ini ke instagram. Rasanya ramai orang yang mempunyai akaun instagram sekarang ini. Akaun saya ialah @meormuhamad. Bagi penilaian anda untuk memberi sokongan kepada #projekdanazerotopro saya ini, saya kongsikan beberapa gambar dari instagram saya untuk tatapan semua.











 
 
Ada juga beberapa gambar saya yang telah mendapat kredit dari beberapa akaun instagram lain. Sekadar kongsikan beberapa recognition yang saya terima.
 





Penilaian Hasil Kerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak menceburkan diri dalam bidang photografi, saya telah beberapa kali membawa diri ini untuk mengabadikan beberapa acara di sekitar Kuala Lumpur. Gambar gambar ini boleh dilihat di blog saya iaitu http://amecek.blogspot.com. Di situ, anda boleh menilai hasil kerja saya samada saya layak menerima bantuan dan sokongan dari anda. Rujuk http://amecek.blogspot.com/2013/06/blackout-505-padang-merbok-kuala-lumpur.html dan http://amecek.blogspot.com/2013/05/hkr112.html.

Selain itu, saya juga ada terlibat dalam sessi fotografi bersama anak anak kecil. Peluang berkumpul sekeluarga tidak saya biarkan begitu saja dan saya berjaya menghasilkan beberapa gambar yang pada saya agak memuaskan. Rujuk http://amecek.blogspot.com/2013/07/babies-and-kids-07072013.html.

Dalam masa yang sama, saya juga mempunyai beberapa galeri umum yang lain. Rujuk:
http://amecek.blogspot.com/2013/05/amecek-gallery.html
http://amecek.blogspot.com/2013/06/random-monochrome.html
http://amecek.blogspot.com/2013/07/amecek-gallery-13-07-2013.html
http://amecek.blogspot.com/2013/06/black-white-by-amecek-lens-meamore.html

Harapan saya agar anda semua dapat menilai hasil kerja saya dan membantu menyokong projek #projekdanazerotopro saya ini.

Terima kasih.