Pageviewers

Sunday, October 27, 2013

Pengenalan: Projek Dana Zero To Pro #projekdanazerotopro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



 
 
Pepatah Inggeris ada mengatakan sekeping gambar mampu menceritakan seribu kisah (a picture can tell a thousand stories). Sekeping gambar juga mampu mengembalikan memori indah bukan sahaja kepada pemiliknya malah beberapa lapisan generasi selepas itu. Pada fikiran saya fotografi ialah satu medium untuk menyampaikan apa yang sedang saya fikirkan kepada semua orang.
 
Minat kepada fotografi mula timbul selepas isteri saya menerima sebuah kamera digital melalui cabutan bertuah di sebuah majlis makan malam. Beliau telah menghadiahkan kamera itu kepada saya. Pada mulanya saya tidak berminat pada fotografi dan kamera itu hanya saya simpan saja dalam kotaknya. Agak lama juga tak gunakan kamera itu sehinggalah satu hari, satu tergerak hati mahu cuba menggunakannya.
 
Sejak dari hari itu, sudah timbul minat untuk terus 'bermain' dengan kamera. Minat pada fotografi ini membuak sehingga membawa diri saya untuk mengabadikan beberapa acara yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur. Secara tak langsung, saya dapat abadikan kenangan semua acara itu dari sudut yang berbeza mengikut acuan citarasa saya dalam bentuk gambar. Saya abadikan gambar gambar itu dalam blog saya http://amecek.blogspot.com untuk tatapan semua. Berbekalkan bahan bacaan, saya juga merujuk kepada beberapa rakan yang sedia ada ahir dalam bidang fotografi.
 
Bila sebut mengenai gambar dan fotografi, Saiful Nang ialah ikon yang pasti akan berada di fikiran. Saya telah banyak mendengar mengenai kehebatan Saiful Nang dalam bidang fotografi ini. Dengan google, saya berpeluang untuk melihat gambar gambar beliau dan ianya memang menarik. Beliau kini sudah terkenal dan memiliki syarikatnya sendiri yang dinamakan Saiful Nang Academy.
 
Bermula dari situ, saya telah follow page SNAP Club di Facebook. Saya telah dua kali mengikuti kelas yang mereka adakan. Kelas pertama ialah mengenai Manipulation Editing dan kelas kedua ialah Basic Photography. Saya sedari kelas Manipulation Editing itu adalah terlalu advanced untuk saya sebabnya saya belum mahir lagi dengan Photoshop Adobe. Jadi, saya jadikan kelas itu sebagai exposure saya kepada sebahagian dari photography. Tetapi kelas kedua itu memang betul sesuai dengan diri saya. Gembira selepas pulang dari kelas sebab dapat ilmu walau sedikit mengenai penggunaan kamera DSLR. Sekurang kurangnya saya dah tahu lebih sedikit mengenai penggunaan kamera DSLR ni.

Oleh itu saya telah mengambil keputusan untuk mengikuti kelas outdoor mereka yang dinamakan 'Zero To Pro' yang di anjurkan oleh Saiful Nang Academy. Rujuk: http://snap.my/v1/en/bengkel/19-zero-2-pro-ztp.html Kelas ini akan membantu saya meningkatkan lagi ilmu kemahiran dalam photography. Tambahan pula, latihan yang diberikan pastinya dapat menajamkan lagi setiap gambar saya nanti.

Kelas ini menelan belanja sebanyak RM2320 untuk latihan selama 3 hari 2 malam. Jumlah ini agak besar bagi saya. Oleh itu saya cuba melancarkan projek yang saya namakan #projekdanazerotopro. Dalam projek ini, saya akan cuba menjual beberapa barang milik saya kepada anda untuk menampung harga kos kelas ini. Saya serius untuk mengikuti kelas ini dan dengan cara ini sahajalah saya rasa dapat untuk mengumpul dana bagi membiayai kelas fotografi ini.

Saya mengharapkan sokongan anda semua dengan membeli barang barang yang saya post nanti. Ia akan dijual pada harga yang berpatutan mengikut kondisi barangan tersebut. Selain itu, jika anda mempunyai barang barang yang ingin disumbangkan kepada saya untuk saya jual, ia juga amatlah dihargai.

Saya mengharapkan anda dapat membantu dan menyokong niat saya ini. Objektif saya hanyalah satu iaitu untuk memahirkan diri dengan bidang fotografi. Dengan bantuan dan sokongan dari anda semua, saya harap dapatlah saya merealisasikan impian saya ini.

Saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih atas sokongan anda.

Terima kasih.
 
 

No comments:

Post a Comment